Majlis Sambutan Aidilfitri 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2008 DAN MAJLIS MERAIKAN PETUGAS BAGI MAJLIS KONVOKESYEN KE-7 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008 dan Majlis Meraikan Petugas Bagi Majlis Konvokesyen Ke-7 sebagaimana berikut:

Tarikh : 23 Oktober, 2008 (Khamis) bersamaan dengan 23 Syawal 1429H
Masa   : 10.00 pagi
Tempat : Padang Dataran Masjid

2. Semua staf dan pelajar Universiti adalah dijemput hadir. Staf dan pelajar Universiti dikehendaki berpakaian kebangsaan bagi yang beragama Islam manakala yang bukan beragama Islam dikehendaki berpakaian kemas bersesuaian dengan majlis tersebut.  Aturcara majlis adalah seperti dilampiran.

3. Majlis yang diadakan secara tahunan ini bertujuan untuk mengeratkan  silaturrahim dan ukhwah di kalangan semua warga Universiti.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar

SULAM BIN HAMID

Pendaftar

 

 
Copyright Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM
Copyright © 2010 Siswa Community Centre. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.